Muzik video Nang (lagu)

Muzik video rasmi lagu ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi XO House pada 22 Oktober 2021. Penggambaran dijalankan selama 2 hari, iaitu pada 6 dan 7 Oktober. Diarahkan oleh Lily Samsuddin, muzik video "Nang" turut menampilkan sisi bakat tari Iman yang dikoreografikan oleh Aus daripada Nasty Rock Crews. Manakalan Adib Hamdi dan Alia Elena yang berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. Kos pembikinan video muzik ini mencecah RM100,000, sekali gus menjadi yang termahal pernah diterbitkan oleh XO House.[2] Sejak pelancaran rasmi, muzik video "Nang" telah berjaya meraih lebih dari 1 juta tontonan selepas 6 hari dilancarkan.[2][4][5]